Pengedar diperlukan segera! Bukan MLM! Tiada wang pendaftaran!
Info Berguna
Hubungan antara suami isteri merupakan satu perkara penting dan utama dalam menjamin kelangsungan ikatan rumahtangga. Kepincangan dan sikap endah tak endah dalam menangani masalah ini banyak membawa kepada salah faham, krisis, perbalahan dan akhirnya perceraian (nauzubillah anhu jamian). Namun begitu, ada juga pihak yang mengatakan ianya satu persoalan remeh temeh, jijik, hina dan tidak perlu diperbincangkan. Ini kerana bagi mereka ianya tak lebih daripada aktiviti berseronok saja sebagaimana yang berlaku pada haiwan-haiwan biasa.Namun Rasulullah S.A.W sendiri telah bangkit menjelaskan hal kepentingan dan keutamaannya dalam sabda Baginda "AKULAH ORANG YANG PALING ALIM DAN BERTAQWA, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci Sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku" - riwayat Muslim